Kaedah Mengatasi Masalah Tidak Lancar Membaca
Murid-Murid Pemulihan Khas
Antara
kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh GPK untuk mengatasi masalah
murid-murid pemulihan khas yang tidak dapat membaca dengan lancar :
- Guru menunjukkan kad bergambar dan semua murid dikehendaki menyebut nama benda yang dilihat.
- Guru menunjukkan dan membaca kad-kad perkataan dan kemudian murid-murid akan mengikut guru.
- Murid-murid dikehendaki memadankan kad-kad perkataan dengan gambar.
- Selepas itu, semua murid akan membaca kad-kad perkataan beberapa kali dengan bimbingan guru.
- Kemudian, murid-murid akan membaca tanpa dibimbing.
- Setelah mahir dalam bacaan, setiap murid akan mula menulis ayat pada buku.
Sumber rujukan: Buku Pengantar Pendidikan Khas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan